Monday, September 8, 2014

NOTA KEMAHIRAN BERFIKIR

Nota


 Definisi
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal dalam menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur, dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

 Konsep Berfikir

  • Edward De Bono (1976) : Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
  • Menurut pandangan Islam : berfikir ialah fungsi  akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.
  • Menurut Hadith Nabi Muhammad : Berfikir sesaat itu lebih baik daripada solat sunat 70 tahun

 Prinsip Kemahiran Berfikir
  • Sentiasa mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif
  • Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah
  • Melupakan rasa ego. Kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manfaatnya
  • Sentiasa menukar arah otak kita berfikir, iaitu bila kita perlukan berfikir  secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan perlbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
  • Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan
  • Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir
  • Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah diakhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.

 Kesilapan-kesilapan utama semasa berfikir
1.       Berfikir secara terburu-buru
Ø  Berlaku apabila kita bertindak dengan tergesa-gesa untuk membuat keputusan atau menyelesaikan  masalah
Ø  Sebab : tidak menggunakan masa yang cukup untuk bertindak

2.       Fikiran yang sempit
Ø  Berlaku apabila kita cuba membendung fikiran kita daripada melihat sesuatu itu dengan lebih luas.
Ø  Tidak berusaha untuk memberi  pertimbangan yang wajar, mencari makna yang tersirat, menerokai bukti-bukti  lain yang nyata, meninjau pandangan-pandangan orang lain, memilih alternatif-alternatif, dan mengkaji  kemungkinan lain.
Ø  Akibat : terlepas pandang untuk membuat keputusan yang terbaik

3.       Fikiran yang kabur
Ø  Berlaku apabila idea yang hendak kita sampaikan tidak jelas dan tidak menepati objektif yang dikehendaki
Ø  Misalnya : tidak memperjelaskan sesuatu konsep itu dengan lebih terperinci dengan memberi tafsiran dan contoh-contoh yang nyata.
Ø  Dengan itu berlakulah kesamaran pada idea-idea yang hendak kita sampaikan

4.       Fikiran yang bercelaru
Ø  Kelemahan berlaku apabila kita tidak merancang dan menyusun idea yang hendak kita sampaikan itu dengan cara yang sistematik.
Ø  Idea yang hendak disampaikan lazimnya disampaikan secara rawak, iaitu tidak disusun mengikut urutan atau prinsip-prinsip tertentu
Ø  Dengan itu berlakulah perulangan dan pertindihan idea yang tidak menentu tanpa arah dan tuju hala tertentu

 Ciri-ciri Pemikir Bijak
ü  Cekal
ü  Luwes
ü  Reflektif
ü  Kurang impulsive
ü  Ingin tahu
ü  Mengambil risiko
ü  Mahir menyoal
ü  Tidak mudah putus asa
ü  Asertif
ü  berkerjasama

Tujuan KB
Antara tujuan KB digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:

l  Untuk membuat keputusan  dan menyelesaikan masalah dengan bijak
l  Mempraktik di dalam kelas atau luar kelas
l  menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
l  Mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
l  Meningkatkan aspek kognitif, efektif dan perkembangan intelek
l  Bersikap terbuka dalam menerima, memberi pendapat, yakin utk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan bukti dan hujah serta berani memberi pandangan dan kritikan

 FITRAH PEMIKIRAN
Juzuk 21 Surah Ar Ruum Ayat 37

Terjemahannya:
 (Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

Tafsirnya:
Allah swt. berfirman menceritakan tentang sifat orang-orang yang apabila ditimpa kesusahan, bahaya atau musibah, mereka ingat kepada Allah berseru kepada-Nya berdoa dengan khusyu’ dan rendah hati, akan tetapi bila Tuhan memberikan mereka sedikit rahmat-Nya  dan melepaskan mereka daripada kesusahan dan musibah mereka, tiba-tiba mereka lupa kepada Tuhannya, bahkan adakalanya mereka syirik dan mengingkari nikmat, rahmat dan kurniaan Allah yang  telah diberikan kepada mereka. Apakah mereka tidak tahu dan tidak memperhatikan bahawa Allahlah yang berkuasa melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki pula.

Imam Al-Ghazali
ü  merupakan tokoh Islam
ü  membahagikan sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara
ü  ilmu kekal datang dpd Allah semata-mata
ü  ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia sama ada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung
ü  ilmu ciptaan manusia tergolong dalam ilmu Aqli (akal)
ü  ilmu aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan
ü  ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri

Teori Epistemologi Imam Al-Ghazali
Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu.

 Berdasarkan kepada keupayaannya dalam memahami alam, menyelesaikan masalah dan mencetuskan kemajuan, maka ia amat penting untuk membina kehidupan manusia yang bahagia. Apakah yang perlu difikirkan? Banyak hal yang perlu difikirkan, diantaranya hal-hal yang berkaitan dengan ketaatan iaitu yang berkaitan dengan Yang Maha Esa. Hal-hal yang berkaitan dengan kemaksiatan, muhasabah diri supaya terhindar dari melakukan maksiat. Hal-hal yang berkaitan dengan sifat-sifat yang merosakkan iaitu sifat-sifat yang didorong oleh hawa nafsu yang boleh merosakkan diri dan individu lain. Juga hal-hal yang berkaitan dengan sifat-sifat yang menyelamatlkan seperti bersyukur, ikhlas, takut, merendah diri dan sebaginya. (Imam Al-Ghazali- kitab Mau’izatul Mukmin).

Pemikiran secara kritis dan kreatif
Jenis pemikiran terbahagi dua :-
1.       Pemikiran kreatif
Pemikiran kreatif  membincangkan bagaimana cara-cara atau teknik-teknik untuk memperluaskan dan memperkembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti individu  untuk mendapatkan dan mengumpulkan banyak idea baru dengan menggunakan pelbagai teknik kreatif.

2.       Pemikiran kritis
Pemikiran kritis pula membincangkan bagaimana untuk menimbangkan, iaitu:-

Ø  baik atau buruk
Ø  benar atau salah
Ø  sah atau batal
Ø  analisa
Ø  menilai idea atau maklumat

Teori-teori Otak yang berkaitan dengan pemikiran
Otak Dan Minda
Otak adalah organ pada bahagian kepala yang mempunyai sistem-sistem tertentu, manakala minda pula kualiti pemikiran  yang dihasilkan otak berkenaan.
              
Otak dianggap sebagai pisau dan minda sebagai ketajaman.

 Teori Split Brain – Roger Sperry
Otak terbahagi kepada 2 hemisfera :
Otak Kiri & Otak Kanan (HOKI dan HOKA) mempunyai fungsi-fungsi tertentu:

HOKI                                                                                   
Ø  Logik
Ø  Analitis
Ø  Urutan
Ø  Bahasa
Ø  Matematik
Ø  Linear

HOKA
Ø  Kreatif
Ø  Sintesis
Ø  Global
Ø  Bentuk, corak, pola,ruang
Ø  Lukisan, rentak dan muzik
Ø  Imej, visual, gambar dan imaginasi

Dalam pepatah arab mengungkapkan madah seperti berikut:
  Belajar Sewaktu Kecil Ibarat Mengukir Atas Batu
  Belajar Sewaktu Dewasa Ibarat Memahat Atas Pasir

Pakar perkembangan otak merumuskan bahawa 95% daripada kematangan otak seseorang manusia  sudah berlaku pada peringkat umur enam tahun.

Teori Otak Triune – Paul Maclean

Sistem Pemikiran Empat L (SP4L) :-
LUHUR – tinggi martabat, suci murni, berdasarkan tauhid, iman dan taqwa
LAHIR – kemampuan manusia berfikir dari dalam rahim hingga lahir
LATERAL – kreativiti, inovasi, imaginasi, rekaan dan khayalan semata-semata
LOGIK – ilmu-ilmu pasti ; sains dan matematik. Hujah, bukti, fakta, alasan, hujahan dan kebenaran

SP4L di bawa oleh Islam – Al Khawarizmi dan Al-Jabar – berjaya menghasilkan kegemilangan dunia Matematik.

No comments: